Presiden China Hu Jintao berkata, lawatannya ke Cuba adalah untuk memperkukuh persahabatan, serta memperluas dan mengembangkan hubungankerjasama dengan negara bersahabat.
Beliau berkata demikian ketika tiba di lapangan terbang Havana, Cuba malam tadi waktu tempatan dan memulakan lawatan ke Cuba selepas selesai melawat Costa Rica. Semasa di Costa Rica, Hu Jintao mengadakan pertemuan dengan Presiden Oscar Arias Sanchez dan Presiden Dewan Undangan negara itu, Francisco Antonio Pacheco. Kedua-dua pihak menandatangani pelbagai dokumen kerjasama dan mencapai kata sepakat tentang mendorong kerjasama dua hala
|