v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

OPEC Turunkan Unjurann Permintaan Minyak Mentah Dunia Tahun 2008 dan 2009

2008-11-18 16:36:20 CRI

Jumlah permintaan purata harian minyak mentah dunia pada tahun ini dan tahun hadapan akan lebih rendah daripada unjuran awal OPEC disebabkan oleh krisis kewangan.

Demikian menurut laporan bulanan pasaran minyak mentah OPEC semalam.

Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak itu menyatakan, permintaan purata harian minyak mentah dunia dijangka berjumlah 86.19 juta ton pada tahun ini, lebih rendah daripada 86.45 juta ton yang dijangka sebelum ini. Manakala, permintaan pada tahun 2009 dijangka sebanyak 86.68 juta ton,dan lebih rendah daripada 87.21 juta ton yang diramal sebelum ini.

Laporan itu juga menyebut, jumlah permintaan purata harian pasaran antarabangsa terhadap minyak mentah OPEC dijangka mencatat 31.8 juta ton pada tahun ini dan 30.9 juta ton pada tahun hadapan. Ini juga lebih rendah daripada jangkaan sebelumnya.

Laporan menunjukkan, kesan jangka panjang krisis kewangan dan kebimbangan pelabur terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dunia mengakibatkan turunnya harga minyak mentah antarabangsa kini, dan keadaan itu akan kekal dalam jangka masa yang panjang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |