Krisis kewangan antarabangsa dan bencana alam yang serius melanda China tidak mengubah arah aliran pertumbuhan ekonomi China yang mantap dan pesat. Ini terkandung dalam laporan tentang keadaan pelaksanaan dasar kewangan pada bulan Julai hingga September yang diumumkan Bank Rakyat China semalam. Pihak bank pusat itu menyatakan akan mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan sokongan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Menurut laporan tersebut, sekarang pertumbuhan dalam sektor pelaburan, perbelanjaan dan pengeksportan di China lebih seimbang dan kenaikan harga pasaran terkawal. Di samping itu, penyusunan semula struktur ekonomi telah melihat kesan yang positif.
Laporan tersebut menjangka, kesan negatif daripada pergolakan pasaran kewangan sejagat terhadap ekonomi China akan bertambah buruk. Bagaimanapun, pasaran dalam negeri yang besar, dana dan tenaga pekerja yang mencukupi serta sistem kewangan yang selamat dan mantap membolehkan ekonomi China mampu mengharungi risiko yang mungkin berlaku.
Laporan itu juga menyatakan Bank Rakyat China akan melaksanakan dasar kewangan yang lebih longgar.
|