China berharap agar mekanisme dialog ekonomi strategik antara China dengan A.S. dikekalkan supaya isu-isu yang bersifat menyeluruh, jangka panjang dan strategik dalam hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara diselesaikan melalui perbincangan.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang dalam sidang akhbar di Beijing hari ini. Beliau menyatakan, China yakin tidak kira A.S. di bawah pimpinan parti apa, penting sekali bagi China dan A.S. menjalin hubungan kerjasama yang bersifat membina dalam situasi sekarang. Melalui dialog tersebut, yang diadakan sebanyak empat kali dalam tempoh lebih dua tahun yang lalu, persefahaman dan kepercayaan antara kedua-dua pihak ditingkatkan, di samping persepakatan dan hasil yang menggalakkan dalam beberapa bidang tercapai.
|