v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Penuh Yakin akan Kekalkan Pertumbuhan Ekonomi yang Mantap dan Pesat

2008-11-18 15:50:25 CRI

Krisis kewangan sejagat mengakibatkan kelembapan pertumbuhan entiti ekonomi Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Pertumbuhan ekonomi kawasan tersebut mungkin akan terus menurun dan berada dalam keadaan itu buat seketika. Namun, penganalisis menyatakan bahawa China penuh yakin dan mampu mengekalkan peningkatan ekonomi yang mantap dan pesat untuk memberikan sumbangan kepada peningkatan ekonomi sedunia.

Industri kewangan China awal-awal lagi sudah terjejas oleh krisis kewangan sejagat ini, namun, ia tidak memperlihatkan kesan yang nyata. Naib Gabenor Bank Rakyat China, Yi Gang menyatakan bahawa Bank Pusat China akan lebih menumpukan perhatian kepada pemantauan peralihan modal, dan memperbaiki kaedah pengurusan pelaburan dan peralihan perdagangan.

Pengarah Institusi Kewangan Akademi Sains dan Sosial China, Li Yang menyatakan bahawa sekalipun mekanisme kewangan China dilanda secara langsung oleh krisis, ia sepatutnya menambil pengajaran daripadanya, dan selamanya mempertahankan prinsip kewangan yang berkhidmat kepada entiti ekonomi untuk mengelakkan membumbungnya industri kewangan.

Krisis kewangan sejagat yang berlaku sejak bulan September tahun ini, juga mengakibatkan merosotnya pertumbuhan ekonomi China. Oleh itu, kerajaan China menyusun semula dasar makroekonominya, melaksanakan dasar kewangan dan dasar modal terbuka, mengeluarkan 10 pasal langkah untuk meningkatkan permintaan dalam negeri, dan memastikan rancangan ekonomi yang melibatkan pelaburan bernilai 4 ribu billion yuan RMB berjalan lancar.

Naib Menteri Kewangan China, Wang Jun menyatakan bahawa China melaksanakan dasar untuk meningkatkan permintaan dalam negeri yang akan menguntungkan negara-negara membangun, khususnya beberapa buah negara pengeksport bahan mentah. China juga akan mengimport banyak teknologi yang moden disebabkan oleh perubahan cukai nilai tambah dan pembaharuan teknologi sepusingan yang baru dilaksanakan oleh syarikat.

Ahli ekonomi China, Encik Fan Gang menyatakan bahawa jumlah pendapatan individu menjadi berkurang ketika berlaku krisis kewangan yang teruk. Barangan yang berharga mahal tidak ada pasaran, manakala barang -barang keperluan harian dan produk yang berharga murah diberikan keutamaan. Oleh itu, terdapat banyak pembuat barangan tersebut di China.

Presiden China, Hu Jintao dalam Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) tentang pasaran kewangan dan ekonomi dunia baru-baru ini menyatakan bahawa krisis kewangan sejagat menjejaskan peningkatan ekonomi China. China telah menyempurnakan dasar ekonominya akibat perubahan situasi di dunia itu dan meningkatkan peraturan kawalan makro untuk mengekalkan arah aliran pertumbuhan ekonomi yang matap dan pesat. Dengan itu, aliran pertumbuhan ekonomi China tidak akan berubah. Mengekalkan kemantapan dan kepesatan pertumbuhan ekonomi China merupakan sumbangan yang penting dalam usaha memelihara kestabilan kewangan antarabangsa dan memajukan pertumbuhan ekonomi sejagat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |