v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

PBB Desak Israel Batalkan Sekatan terhadap Kawasan Gaza

2008-11-19 13:45:34 CRI

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB menyeru Israel membatalkan sekatan terhadap kawasan Gaza bagi membolehkan barang-barang bantuan kemanusiaan seperti makanan diangkut ke kawasan tersebut.

Ketua Pesuruhjaya PBB bagi hak asasi manusia, Puan Navanethem Pillay semalam menyatakan di Geneva, sekatan Israel itu mencabul hak asasi penduduk Gaza yang berjumlah 1.5 juta orang. Tindakan ini "langsung melanggar Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa, dan mesti segera dihentikan". Beliau menyeru Israel menyediakan kemudahan untuk mengangkut barang-barang bantuan ke Gaza dan membatalkan terus sekatan perjalanan terhadap orang awam.

Ketua Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di PBB, Puan Karen AbuZayd juga menyatakan di Amman, Jordan bahawa bekalan makanan pihaknya untuk Gaza sudah habis. Beliau menyeru Israel segera membatalkan sekatan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |