Pertumbuhan ekonomi mapan China dan India amat bererti bagi menangani krisis kewangan Asia-Pasifik bahkan seluruh dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi (EC) Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Bob Buckle menyatakan demikian dalam sidang akhbar semalam, sejak belasan tahun yang lalu, ekonomi China mengekalkan pertumbuhan yang mampan. Dalam proses integrasi ekonomi serantau dan sejagat, bukan sahaja China yang mendapat keuntungan, negara-negara di Asia-Pasifik dan ekonomi dunia juga mendapat faedah. Beliau berpendapat, pertumbuhan ekonomi China dan India yang kekal kukuh akan memainkan peranan penting bagi memulihkan keyakinan di pasaran serantau dan sejagat dalam menangani krisis kewangan.
|