v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wakil China Tegaskan Hak Perwakilan Negara-negara Membangun dalam Pembaharuan Majlis Keselamatan PBB

2008-11-19 16:02:09 Agensi Berita Xinhua China

China berpendapat jika hak perwakilan negara-negara membangun diutamakan dalam pembaharuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ia dapat memperbetulkan kelemahan struktur majlis tersebut.

Naib Wakil Tetap China ke PBB, Liu Zhenmin menegaskan demikian dalam perdebatan bersama Perhimpunan Agung PBB ke-63 mengenai laporan dan pembaharuan Majlis Keselamatan PBB.

Katanya, kerajaan China menyokong pembaharuan yang sewajarnya dilaksanakan dalam majlis tersebut. Tugas utama bagi majlis itu ialah menjadikan hak perwakilan anggotanya seimbang melalui penambahan anggota majlis tersebut.

Menurutnya, pihak majlis perlu mewujudkan hubungan antarabangsa yang demokratik dan bertindak mengikut undang-undang. Pembaharuan tersebut perlu memastikan peluang terbuka kepada kebanyakan negara kecil dan sederhana untuk mengambil bahagian dalam pembuatan keputusan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |