China berusaha membangunkan wahana perdagangan dan pelaburan dua hala dengan negara-negara anggota ASEAN dalam keadaan ekonomi seluruh dunia meleset.
Demikian diberitahu dalam sidang akhbar penganjur Pameran Komoditi Import Eksport China Ke-5. Pameran ini anjuran Kementerian Perdagangan China, yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada pertengahan Disember.
Sehingga 7 November lalu, lebih 200 perusahaan dari China, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Republik Korea, dan Bangladesh didaftarkan untuk menyertai pameran tersebut. Berbanding dengan pameran yang lalu, perusahaan dari tujuh buah negara dan wilayah lagi menyertai pameran kali ini. Perubahan ini menandakan pengaruh pameran ini telah meluas ke pasaran luar Asia Tenggara, dan juga memperlihatkan keyakinan perusahan di negara dan wilayah berkenaan terhadap pameran ini.
Berdasarkan statistik kastam China, pada Januari hingga September tahun ini, jumlah perdagangan China-Malaysia mencatat 41.289 bilion dolar Amerika, meningkat 24.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah perdagangan China-ASEAN pula mencatat 180.418 bilion dolar Amerika, meningkat 23.3%.
|