Parti Demokratik Sosial Korea dair Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan Parti Buruh Demokratik dari Republik Korea berikrar akan berusaha menunaikan dua "perisytiharan" yang ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara.
Ikrar kedua-dua parti itu dibuat semasa mesyuarat perbincangan bersama yang diadakan di Pyongyang semalam.
Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), wakil kedua-dua parti telah menerangkan makna Perisytiharan Bersama Utara-Selatan yang ditandatangani oleh Presiden DPRK, Kim Jong-il dan mantan Presiden Republik Korea, Kim Dae Jung pada tahun 2000, dan Perisytiharan bagi Pembangunan Hubungan Utara-Selatan dan Kedamaian dan Kemakmuran yang ditandatangani oleh Kim Jong-il dan Presiden Republik Korea, Roh Moo-hyun pada tahun 2007. Wakil kedua-dua parti tersebut juga menjelaskan pendirian parti masing-masing terhadap dua perisytiharan tersebut dan membincangkan tanggungjawab dan peranan parti politik dalam melaksanakannya.
Peserta mesyuarat tersebut pula menyatakan, semua parti di kedua-dua negara perlu menyedari misi sendiri, terus berjuang untuk memelihara dan melaksanakan dua perisytiharan tersebut.
|