v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China akan Terus Menyokong Pembangunan Sosialime Cuba
2008-11-19 18:18:20 CRI

Rakyat China akan terus menyokong perjuangan rakyat Cuba untuk memelihara kedaulatan negara dan menentang campur tangan luar. Presiden China, Hu Jintao berkata, China juga akan terus menyediakan bantuan kepada Cuba dan menyokong pembangunan sosialisme di negara itu.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba, Fidel Alejandro Castro Ruz di Havana semalam.

Fidel Alejandro Castro Ruz menyatakan, dalam situasi krisis kewangan antarabangsa yang kini semakin buruk, pertumbuhan ekonomi China masih kukuh. Ini membuktikan China merupakan negara yang sentiasa bersiap sedia. Partinya, kerajaan dan rakyat Cuba akan berusaha mendorong hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Presiden China, Hu Jintao juga mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Cuba, Raul Castro Ruz hari ini.

Presiden Hu mengemukakan empat cadangan untuk mengeratkan hubungan politik, meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, memperluas pertukaran kebudayaan dan lawatan rakyat, serta meningkatkan menyelarasan dan kerjasama dalam urusan pelbagai hala untuk mengembangkan hubungan kedua-dua negara Presiden Raul Castro mengalu-alukan cadangan Presiden Hu tersebut. Beliau berharap kedua-dua pihak terus meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden Hu kerana membawa barang-barang sumbangan bantuan bencana kepada rakyat Cuba. Kedua-dua pemimpin kemudian menghadiri upacara menandatangani lima perjanjian kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pendidikan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |