Pegawai kerajaan dan usahawan dari 21 buah negara anggota APEC perlu berusaha mendorong kebebasan untuk berdagang, menubuhkan zon perdagangan bebas dan mencegah krisis kewangan dairpada berulang.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Peru, Alan Garcia ketika berucap merasmikan Sidang Ke-4 2008 Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) di Lima semalam.
Peserta sidang membincangkan langkah-langkah perlu diambil perusahaan rantau Pan-Pasifik untuk menangani krisis kewangan.
Presiden Majlis Penasihat Perniagaan APEC, Juan Francisco Raffo menyatakan, usahawan rantau Pan-Pasifik perlu mengatasi bergolakan ekonomi melalui kerjasama ekonomi. Beliau menegaskan, anggota APEC perlu melaksanakan dasar bantuan ekonomi untuk melindungi sektor pembuatan daripada dilanda krisis kewangan.
|