v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zon Ekonomi Istimewa Sediakan Pengalaman dalam Usaha Pembangunan

2008-11-19 16:37:06 CRI

"Zon ekonomi istimewa" merupakan sesuatu yang tidak asing bagi rakyat China kerana ia memainkan peranan penting dalam menerajui pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka dan menjana pertumbuhuan ekonomi negara sejak ditubuhkan 30 tahun yang lalu.

Pada akhir tahun 1970-an, kerajaan China yang mengamalkan sistem ekonomi berperancangan mengendalikan segala usaha dalam proses pengeluaran. Hal ini mengakibatkan buruh dan pihak penjual kurang proaktif dan sumber-sumber tidak dapat digunakan dengan bijak. Pada masa itu, negara Barat dengan beberapa buah negara jiran, seperti Jepun dan Republik Korea telah merealisasikan perkembangan ekonomi yang pesat. Hal ini menyedarikan pucuk pimpinan China tentang dasar pintu terbuka kepada dunia luar yang mesti diamalkan untuk mmembangunkan negara. Oleh hal yang demikian, Shenzhen yang berdekatan dengan Hong Kong serta beberapa buah bandar di pesisir pantai selatan yang lain seperti Zhuhai, Shantou dan Xiamen telah diisytiharkan sebagai zon ekonomi istimewa untuk melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka secara perintis bermula pada tahun 1979. Pada tahun 1988 pula, provinsi Hainan juga ditetapkan sebagai zon ekonomi istimewa.

Deng Xiaoping yang membuat lawatan kerja ke Shenzhen pada bulan Feburari tahun 1984 telah menyaksikan kejayaan besar yang dicapai dalam usaha pembangunan di Shenzhen, terutamanya pendapatan penduduk yang meningkat dengan ketara.

Shenzhen, sebuah pekan kecil pada 30 tahun lalu, telah berkembang menjadi bandar raya yang jumlah ekonominya menduduki tempat keempat di seluruh China.

Pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka oleh kerajaan China bertujuan untuk mewujudkan kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup semua rakyat. Dalam tempoh antara tahun 1979 hingga tahun 2007, purata pertumbuhan KDNK China setiap tahun kekal pada kadar yang melebihi 9%. Jumlah pendapatan per kapita pula meningkat kepada 2360 dolar Amerika, daripada hanya 190 dolar Amerika sahaja pada tahun 1978. Sementara itu, jumlah penduduk yang miskin di kawasan desa menurun kepada kira-kira 20 juta orang, daripada 250 juta orang pada 30 tahun yang lalu.

Ketika beberapa banyak syarikat di selatan China menghadapi kesukaran akibat dilanda kesan krisis kewangan sejagat pada tahun 2008, syarikat-syarikat di Shenzhen dan di beberapa buah zon ekonomi istimewa yang lain telah menunjukkan kehebatan mereka dalam menghadapi krisis kewangan ini kerana mereka sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha inovasi dan menjalankan urus niaga mereka secara fleksibel. Hal ini membuktikan bahawa zon ekonomi istimewa yang sentiasa menyesuaikan diri dengan arus semasa tetap merupakan perintis dan contoh baik dalam melaksanakan usaha pembaharuan dan pintu terbuka.

Menurut Presiden China, Hu Jintao pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka merupakan satu keputusan yang amat penting bagi tujuan merealisasikan pembangunan negara dan bangsa China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |