Pelaksanaan pakej merangsang ekonomi yang ditawarkan China akan menyediakan peluang perniagaan seluas-luasnya kepada Malaysia. Demikian dinyatakan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China, Datuk Yong Ah Pwi dalam majlis mempromosikan Pameran Komoditi Import Eksport China ke-5 semalam. Beliau menyatakan pasaran China yang penduduknya seramai 1.3 bilion mempunyai daya tarikan yang luar biasa. Menurutnya, walaupun krisis kewangan sejagat berlaku sekarang, tetapi China memiliki rizab tukaran asing kira-kira 2,000 bilion dolar Amerika. Malah, dengan pakej merangsang ekonomi yang baru, ia tentu akan menyediakan peluang perniagaan kepada Malaysia.
Kaunselor Ekonomi dan Perdagangan Kedutaan China di Malaysia, Gao Wenkuan menyatakan kawalan kerajaan China terhadap makanan bertambah ketat selepas kejadian susu tepung tercemar Sanlu berlaku, pengguna negara asing boleh membeli produk tenusu buatan China dengan tanpa ragu-ragu.
|