China berharap pelabur asing memperkukuh keyakinan untuk melabur di China. Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China He Guoqiang berkata demikian ketika meninjau di Cawangan Shenzhen Syarikat DoPont China Berhad semalam. Beliau meminta pegawai-pegawai kerajaan Guangdong mengadakan interaksi dengan pelabur asing untuk mendengar pendapat dan nasihat mereka tentang cara penyelesaian masalah yang dihadapi sekarang.
Beliau mengarahkan jabatan kerajaan dan jawatankuasa parti komunis pelbagai peringkat giat melaksanakan dasar yang ditetapkan kerajaan pusat bagi menghadapi kesan negatif daripada krisis tersebut. Antaranya, meningkatkan pelaburan dan mengubahsuai struktur pelaburan, giat menggalakkan perbelanjaan terutamanya permintaan daripada penduduk, mempercepatkan penyusunan semula struktur ekonomi dan mengubah kaedah pembangunan.
|