Anggota APEC digesa berusaha mencegah krisis kewangan yang mengakibatkan kesan yang buruk kepada ekonomi. Menteri Perdagangan dan Pelancongan Peru, Mercedes Araoz berkata pelbagai entiti ekonomi perlu mengekalkan kerjasama pelbagai hala dan meneruskan proses bebas dalam bidang perdagangan dan pelaburan, serta mencegah berbangkitnta semula fahaman perlindungan perdagangan.
Beliau berkata demikian pada Sidang Peringkat Menteri APEC yang dirasmikan di Lima, Peru pagi semalam. Sidang itu lagi mengadakan persiapan untuk Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC yang akan diadakan pada 22 dan 23 November ini.
Dalam tempoh sidang itu, menteri-menteri akan mengadakan perbincangan tentang keadaan ekonomi dan kewangan antarabangsa, integrasi ekonomi serantau, kebebasan perdagangan dan pelaburan, tanggungjawab sosial perusahaan, keselamatan bekalan makanan dan rundingan pusingan Doha.
|