Jabatan Perhutanan Wilayah Autonomi Tibet menyatakan, sejak Tibet disenaraikan secara rasmi dalam dana subsidi kepada pemelihara hutan pada tahun 2004, kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak 800 juta yuan RMB untuk menyediakan subsidi kepada senarai 35 ribu orang petani dan penternak yang bertugas sebagai pemelihara hutan.
Melalui menyertai projek perlindungan dan penanaman hutan utama, pendapatan 35 ribu orang itu menghampiri 240 juta yuan RMB.
Program dana tersebut melibatkan 65 buah pekan dari 7 buah bandar di Tibet. Sumber hutan di kawasan tersebut terpelihara baik, di samping keadaan iklim, sumber air dan kualiti air di kawasan tersebut diperbaiki.
|