Keselamatan bekalan makanan bagi negara-negara membangun di rantau Asia Pasifik mungkin paling terancam ekoran perubahan iklim.
Demikian laporan yang dikeluarkan Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik di Lima, Peru semalam.
Menurut laporan tersebut, sebahagian kawasan di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur serta sesetengah pulau di Lautan Pasifik mudah terjejas akibat kenaikan paras laut kerana kedudukan altitud mereka yang rendah.
Pegawai yang bertanggungjawab atas penggubalan Laporan Masa Depan Sistem Makanan Pasifik, Walter J. Armbruster menyatakan masyarakat antarabangsa perlu segera menggerakkan projek untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di seluruh dunia menerusi APEC dan PBB. Beliau juga mencadangkan usaha meneroka biotenaga yang kosnya rendah dan keupayaannya tinggi. Di samping itu, beliau menggesa diwujudkan ketelusan sistem bahan makanan di rantau Asia Pasifik supaya sumber bahan makanan global dapat diagihkan dengan secepat mungkin ketika berlaku kekurangan bekalan bahan makanan di rantau tersebut.
|