Harga minyak dalam pasaran New York ditutup di bawah 54 dolar Amerika setong semalam ekoran kadar peningkatan simpanan minyak mentah Amerika Syarikat melebihi jangkaan.
Minyak mentah berkualiti Light Sweet untuk penghantaran bulan Disember rugi sebanyak 77 sen Amerika ketika ditutup pada 53.62 dolar Amerika setong di New York Mercantile Exchange (NYMEX).
Di London, harga niaga hadapan minyak mentah Brent untuk penghantaran bulan Januari jatuh sebanyak 12 sen Amerika ketika ditutup pada 51.72 dolar Amerika setong di Bursa Petroleum Antarabangsa (IPE).
Menurut laporan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat, jumlah simpanan minyak negara itu meningkat sebanyak 1.6 juta tong dalam masa seminggu setakat 14 November, jauh lebih tinggi daripada jangkaan pelabur, iaitu 1.2 juta tong. Laporan tersebut sekali lagi membuktikan kebimbangan pelabur terhadap permintaan tenaga yang rendah ekoran kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat dan global. Dengan itu, harga minyak antarabangsa telah menurun sebanyak 63% berbanding dengan catatan tertinggi pada 147.27 dolar Amerika setong pada pertengahan Julai lalu.
|