v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China dan Peru Jalin Hubungan Rakan Strategik secara Rasmi
2008-11-20 16:21:53 CRI

China dan Peru menjalinkan hubungan rakan strategik secara rasmi. Kedua-dua negara juga mengumumkan keselesaian rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas China-Peru.

Demikian hasil yang dicapai dalam pertemuan antara Presiden China, Hu Jintao dengan rakan sejawatnya dari Peru, Alan Garcia di Lima semalam.

Presiden Hu berpendapat, China dan Peru perlu menggunakan kelebihan masing-masing dalam bidang sumber tenaga, teknologi, pelaburan dan pasaran di samping saling melengkapi supaya mencapai kemajuan baru dalam kerjasama kedua-dua pihak.

Garcia pula berkata, Peru berharap lebih banyak syarikat perlombongan China melabur di negara itu, dan juga berharap meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang pembinaan kemudahan infrastruktur dan pelancongan.

Selepas pertemuan itu, kedua-dua pihak menandatangani 11 dokumen kerjasama yang meliputi pelbagai aspek, termasuk ekonomi, teknologi, kesihatan, kastam, pembasmian kemiskinan dan kewangan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |