Dewan Negara China menggesa pihak-pihak berkenaan meningkatkan pengawasan keselamatan di tapak pembinaan bagi mengelakkan kemalangan seperti runtuhan terowong kereta api bawah tanah di Hangzhou daripada berulang lagi.
Demikian dimaklumkan oleh Jabatan Suruhanjaya Keselamatan Pekerjaan Dewan Negara baru-baru ini.
Pada petang 15 November lalu, runtuhan yang besar berlaku di tapak pembinaan terowong kereta api bawah tanah di Hangzhou, bahagian timur China, mengakibatkan 8 orang terbunuh dan 13 orang hilang.
Menurut siasatan awal, salah satu punca kemalangan itu berlaku kerana kelambatan tindakan untuk menyelesaian masalah yang ditemui.
Pihak pengawas digesa meningkatkan rondaan dan pemeriksaan di tapak pembinaan. Projek pembinaan akan segera dihentikan jika didapati berlaku keadaan yang mengancam keselamatan pekerja.
|