China berharap Dialog Peringkat Tinggi Ekonomi China-Jepun kedua dapat diadakan lebih awal dan mencapai hasil yang menggalakkan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang berkata demikian dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.
Beliau menyatakan dialog tersebut dilihat sebagai satu landasan penting bagi China dan Jepun untuk bertukar-tukar pendapat mengenai dasar makroekonomi serta mendorong perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara. Maka, China amat memberi keutamaan terhadapnya. Sekarang, kedua-dua pihak sedang berbincang tentang tarikh untuk mengadakan dialog tersebut.
|