v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Israel Enggan Buka Laluan di Sempadannya

2008-11-20 15:56:28 CRI

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semalam menolak tuntutan untuk membuka semula laluan di sempadan Gaza dan menyatakan bahawa kedamaian perlu dipulihkan dahulu jikalau laluan hendak dibuka semula. Ini merupakan tindakan balas Israel terhadap serangan peluru roket yang dilancarkan oleh pihak bersenjata Palestin di kawasan Gaza.

Israel telah menutup pula laluan di sempadan kawasan Gaza pada 18 November yang lalu selepas mengizinkan 33 buah kereta yang mengangkut barangan bantuan kemanusiaan menuju ke kawasan Gaza sehari sebelumnya. Pihak Israel menyatakan bahawa sebabnya enggan buka laluan di sempadan tersebut ialah tentera Palestin di kawasan Gaza akhir-akhir ini kerap kali melancarkan serangan peluru roket terhadapnya. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kawatnya kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert memberikan perhatian terhadap keadaan kemanusiaan di Gaza, dan menggesa pihak Israel mengizinkan anggota penyelamat dan barangan dari PBB dapat diangkut masuk ke kawasan Gaza.

Melalui pengantaraan Mesir, Israel dan pihak bersenjata Palestin telah melaksanakan gencatan senjata selama 6 bulan di kawasan Gaza mulai 19 Jun tahun ini. Berasaskan perjanjian tersebut, pihak bersenjata Palestin akan menghentikan serangan peluru roket terhadap Israel, dan Israel pula akan membatalkan sekatan terhadap kawasan Gaza.

Pada 4 November tentera Israel telah melancarkan serangan udara dan mengambil tindakan di bumi terhadap Gaza. Tentera Israel menyatakan bahawa serangan itu bertujuan untuk membinasakan terowong bawah tanah yang dibina oleh Pergerakan Perlawanan Islam (Hamas) bagi pihak bersenjata Palestin untuk menculik askar Israel. Tentera Israel telah membunuh 6 orang anggota tentera Palestin dalam serangan ini. Kemudian pihak bersenjata Palestin telah bertindak balas dengan melepaskan beberapa banyak peluru roket terhadap Israel. Situasi di kawasan Gaza berubah menjadi lebih tegang.

Punca yang mengakibatkan ketegangan tersebut ialah, pengaruh perubahan situasi politik rantau itu dan situasi politik antarabangsa. Tarikh pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat yang diketuai oleh George W. Bush akan tamat ketika itu. Jadi kawalannya terhadap situasi di Palestin dan Israel berkurang. Calon Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama masih belum menyandang jawatannya, ketika pembaharuan itu dibuat. Kedua, sebelum tiba tarikh pelaksanaan perjanjian gencatan senjata itu, Israel dan beberapa pihak bersenjata Palestin telah mengambil tindakan untuk mendapat lebih banyak keuntungan daripada rundingan untuk memunda gencatan senjata itu.

Ehud Olmert pada 11 November menyatakan bahawa seandainya tentera dan orang awam Israel diserang, pertempuran antara Israel dengan Hamas tidak dapat dielakkan. Ehud Barak semalam telah menolak tuntuan untuk membuka semula laluan di sempadan. Penganalisis menyatakan bahawa nampaknya tindakan serangan Israel dan pihak bersenjata Palestin di kawasan Gaza telah membelakangi perjanjian gencatan senjata tersebut. Namun, kedua-dua pihak tidak mahu membatalkan perjanjian tersebut dalam masa terdekat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |