v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

IAEA Dakwa Iran Teruskan Kegiatan Pengayaan Uranium

2008-11-20 14:52:38 CRI

Iran dianggap masih meneruskan kegiatan pengayaan uranium, kerana di Pusat Nuklear Natanz Iran telah dipasang 6000 unit mesin emparan yang boleh dilukukan pengayaan uranium, antaranya 3800 unit sedang beroperasi.Demikian kandungan laporan siasatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA yang diserahkan oleh Ketua Pengarah Mohamed El Baradei kepada lembaga Gabenor agensi itu di Vienna malam tadi.

Laporan itu juga mengakui bahawa hubungan antara IAEA dengan Iran kini telah terputus. Dalam tempoh 3 bulan lalu, Iran menolak untuk membenarkan pemeriksa IAEA mengadakan siasatan terhadap tujuan sebenar program nuklear Iran.

Timbalan Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Mohammad Saeedi menyatakan semalam, Iran akan terus bekerjasama dengan IAEA berdasarkan usaha memelihara hak penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan damai.

Jurucakap Jabatan Negara A.S. Sean McCormack berkata, A.S. tidak menentang Iran mempunyai tenaga nuklear untuk tujuan damai. Bagaimanapun, A.S. dan Majlis Keselamatan PBB berserta Rusia, China, Britain, Perancis dan Jerman menentang Iran memiliki "kitaran bahan pakar yang lengkap". sekiranya Iran menerima syarat tersebut, maka mekanisme dialog yang disertai 6 negara tersebut adalah "potensi proses" yang sesuai bagi menyelesaikan isu nuklear Iran, dan proses itu disokong oleh Majlis Keselamatan PBB.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |