Persekitaran perdagangan luar China bagi bulan Oktober-Disember tahun ini dan tahun depan akan menjadi lebih lembap, namun peluang yang dihadapi dianggap lebih banyak daripada cabaran. Demikian dinyatakan dalam "Laporan Situasi Perdagangan Luar China" yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan semalam.
Menurut laporan itu, permintaan pasaran antarabangsa yang berkurang akan langsung mempengaruhi permintaan terhadap produk berharga tinggi. Namun, produk eksport China terutamanya yang harga sederhana dan rendah, serta kebanyakan produk ialah barang-barang keperluan seharian, dan mempunyai kelebihan yang ketara dalam mutu, harga dan fungsi. Misalnya, jumlah eksport ke A.S. meningkat 11.4% dari Januari hingga Oktober dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu, dan kadar peningkatan naik 2.5% dibandingkan dengan tempoh Januari-Jun.
Selain itu, jumlah eksport ke pasaran negara membangun seperti Brazil dan India meningkat dengan agak pesat. Namun, nisbahnya dalam jumlah keseluruhan eksport China masih rendah dan menunjukkan potensi besar untuk menerokai pasaran di negara-negara tersebut.
Laporan itu menjangka, jumlah eksport dan import China pada tahun ini akan mencapai 2600 bilion dolar Amerika dan meningkat kira-kira 20% jika dibandingkan dengan tahun lalu.
|