v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Ambil Tindakan Bantu Penganggur Dapatkan Semula Pekerjaan untuk Hadapi Kesa Krisis Kewangan
2008-11-20 18:14:12 Agensi Berita Xinhua China

Kerajaan China sedang mengambil tindakan yang berkesan untuk membantu mereka yang hilang kerja dalam krisis kewangan antarabangsa kali ini.

Menteri Sumber Manusia dan Jaminan Sosial China, Yin Weimin menyatakan demikian dalam sidang akhbar di Pejabat Penerangan Dewan Negara China di Beijing hari ini. Katanya, kadar pengangguran negara ini agak stabil pada tahun ini. Sehingga penghujung bulan September ini, kadar pengangguran di bandar mencatat 4%. Namun, sejak bulan Oktober lalu, sejumlah perusahaan sederhana dan kecil menghadapi muflis atau menghentikan operasi, mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan. Beliau menjangka, kadar pengangguran tersebut akan meningkat pada tahun depan.

Beliau berkata, sekarang ekonomi China berkembang dengan baik. Dasar penambahan peluang pekerjaan yang sedang dilaksanakan memainkan peranan penting bagi menggalakkan rakyat bekerja sendiri, mendorong perusahaan memberi lebih banyak peluang pekerjaan, dan menyelesaikan kesulitan bagi mereka mendapat kerja.

Beliau juga menyatakan, kini masih belum berlaku keadaan pengangguran ketara di China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |