Pejabat Beijing bagi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubat A.S. (FDA) dirasmikan semalam. Ini merupakan agensi kawalan makanan dan ubat-ubat A.S.pertama di luar A.S.. FDA juga akan merasmikan pejabatnya di Guangzhou dan Shanghai dalam minggu ini.
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia dan FDA akan menghantar 8 orang pakar dalam bidang makanan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan ke ketiga-tiga pejabat tersebut, untuk melakukan komunikasi dan penyelarasan dengan badan-badan berkaitan di China seperti Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan China dan Pentadbiran Am Pengawasan dan Pemeriksaan Kualiti serta Kuarantin Negara. Ia juga akan memperkenalkan piawaian pengimportan A.S., membantu China untuk meningkatkan keupayaan pembangunan dalam bidang pengawalan makanan dan ubat-ubatan, dan memeriksa makanan dan ubat-ubatan China yang dieksport ke A.S..
Pengarah Jabatan Pengawalan Makanan dan Ubat-ubatan China, Shao Mingli menyatakan, penubuhan pejabat tersebut akan mendorong komunikasi dan kerjasama antara China dengan A.S. dalam bidang keselamatan kualiti makanan dan ubat-ubatan.
|