Harga minyak antarabangsa semalam jatuh ke paras di bawah 50 dolar Amerika setong, iaitu rekod terendah dalam tempoh 3 tahun setengah yang lalu berikutan penurunan permintaan terhadap tenaga akibat kemelesetan ekonomi dunia dan kesan negatif lonjakan jumlah penganggur yang memohon bantuan di A.S..
Harga minyak mentah Light Sweet untuk penghantaran bulan Disember jatuh sebanyak 4 dolar Amerika ketika ditutup pada 49.62 dolar Amerika setong di New York Mercantile Exchange (NYMEX). Manakala, minyak mentah Brent untuk penghantaran bulan Januari rugi sebanyak 3.64 dolar Amerika ketika ditutup pada 48.08 dolar Amerika setong di Bursa Petroleum Antarabangsa (IPE).
|