Menteri-menteri pertanian negara anggota Kesatuan Eropah (EU) semalam mencapai persetujuan mengenai pembaharuan terhadap subsidi pertanian.
Berdasarkan persetujuan tersebut, EU akan beransur-ansur mengurangkan subsidi kepada peladang, dan menggunakan modal yang dijimatkan itu bagi menyokong pembangunan kampung di kawasan mundur. Selain itu, EU tidak lagi memutuskan jumlah pemberian subsidi kepada kaum tani hanya berdasarkan jumlah pengeluaran, tetapi menimbangkan unsur lain seperti pemuliharaan alam sekitar, perlindungan terhadap haiwan dan keselamatan makanan. Ini bererti bahawa subsidi yang diterima oleh petani EU akan berkurang, kerana sebahagian subsidi itu akan digunakan untuk menyokong program pemuliharaan alam sekitar.
Langkah pembaharuan berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh tahun 2009 hingga 2013.
|