Anggota APEC diseur bekerjasama untuk menghadapi krisis kewangan dunia sekarang.
Demikian kandungan kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Sidang Peringkat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-20 yang berakhir di Lima, Peru semalam.
Peserta sidang itu menyatakan akan mempererat hubungan dan mengambil segala langkah yang diperlukan untuk meningkatkan kekuatan ekonomi serta tahap pelaburan dan perbelanjaan di rantau Asia-Pasifik.
Menurut kenyataan tersebut, menteri-menteri pelbagai negara akan berusaha mendorong proses integrasi ekonomi serantau dan perjanjian rundingan pusingan Doha WTO dicapai secepat mungkin.
Selain itu, mereka juga berkomited akan menjalankan pembaharuan terhadap struktur APEC untuk menghadapi peluang dan cabaran pada abad ke-21.
|