Penubuhan kawasan perdagangan bebas China-Peru merupakan tindakan strategik kerajaan kedua-dua negara. Ini akan menyediakan peluang utama untuk kedua-dua negara memperluas perdagangan.
Presiden China, Hu Jintao berkata demikian dalam Majlis makan pagi bersama usahawan China dan Peru semalam. Turut hadir, rakan sejawatnya dari Peru, Alan Garcia.
Presiden Hu mencadangkan kedua-dua pihak meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam bidang perlombongan, infrastruktur, pelaburan dan perkhidmatan kerajaan.
Alan Garcia berkata, Peru akan menyediakan persekitaran pelaburan yang baik dan stabil kepada usahawan China, agar mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.
|