v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China akan Peruntukkan 3000 Bilion Yuan RMB untuk Usaha Pembangunan Semula Pascagempa

2008-11-21 17:03:59 CRI

Pegawai kanan kerajaan provinsi Sichuan hari ini menyatakan bahawa kini kerja-kerja pembangunan semula pascagempa sedang dilaksanakan dengan lancar. Dimaklumkan sehingga tahun 2010, kerajaan China akan memperuntukkan 3000 bilion Yuan RMB untuk usaha memulihkan perkembangan sosioekonomi dan memperbaiki kehidupan penduduk di kawasan yang dilanda bencana gempa.

Naib Gabenor provinsi Sichuan, Wei Hong dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing hari ini memberitahu bahawa hingga sekarang, kerja-kerja bagi membina semula rumah penduduk, sekolah dan hospital serta pelbagai kemudahan awam yang lain sedang dilaksanakan dengan lancar di kawasan yang dilanda bencana. Kata beliau: "Kerajaan tempatan Sichuan menyasarkan peruntukan dana sebanyak 3000 bilion Yuan RMB menjelang tahun 2010. Antaranya kira-kira 790 bilion Yuan RMB akan digunakan pada tahun ini bagi menjayakan pembangunan semula pascagempa dan menerajui sosioekonomi tempatan."

Dimaklumkan bahawa dana yang berjumlah besar itu disediakan daripada peruntukan kerajaan, pelaburan syarikat dan pinjaman bank.

Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Provinsi Sichuan, Encik Wang Siguang menyatakan bahawa kerajaan Sichuan akan giat menarik pelaburan kepada usaha pembangunan semula, terutamanya projek-projek yang berkait dengan kehidupan rakyat. Kata beliau: "Projek-projek yang berkait dengan kehidupan rakyat akan diberikan keutamaan ketika peruntukan diagihkan, antaranya projek pembinaan rumah penduduk, kemudahan bekalan air dan elektrik, jalan raya, kemudahan radio dan televisyen. Di samping itu, kami juga akan berusaha memulihkan perkembangan industri tempatan agar dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk.

Kawasan yang dilanda bencana di Sichuan akan menghadapi musim sejuk. Naib Gabenor Provinsi Sichuan, Wei Hong menyatakan bahawa badan-badan kerajaan tempatan telah membuat persiapan yang mencukupi bagi memastikan keselesaan kehidupan penduduk dalam musim sejuk. Kata beliau: "Sebanyak lebih 3000 buah pusat penempatan yang ditubuhkan di seluruh provinsi akan menyediakan hampir 660 ribu buah rumah kepada penduduk yang menjadi mangsa bencana. Selain itu, kami juga memberikan bantuan kewangan kepada seramai 530 ribu orang penduduk bagi membina rumah peralihan yang tahan gempa bumi, hujan dan sejuk. Hingga 18 November lalu, kami telah menghantar 3,274 ribu buah katil, 3,658 ribu helai pakaian dan lebih 300 ribu alat pemanasan kepada penduduk di kawasan yang dilanda bencana."

Selain itu, kerajaan Sichuan juga memberikan subsidi dan bahan makanan kepada penduduk kurang upaya dan mereka yang hidup susah, dan menyediakan suntikan vaksin selesema secara percuma kepada 1.76 juta orang kanak-kanak, warga tua, dan penduduk di kawasan bencana.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |