v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC Ke-16 akan Bincangkan Krisis Kewangan Sejagat.

2008-11-21 15:47:40 CRI

Krisis kewangan sejagat yang berpunca daripada krisis kewangan Amerika Syarikat sekarang telah melanda entiti ekonomi. 21 pertubuhan ekonomi dari Komuniti Asia-Pasifik termasuk negara-negara maju dan negara-negara membangun, antaranya Jepun, Kanada, Australia dan lain-lain telah dilanda dahulu oleh krisis ini kerana hubungan kewangan yang rapat dengan ekonomi Amerika Syarikat.

Dalam sepanjang Sidang Kemuncak Pasaran Kewangan dan Ekonomi Dunia G20 yang dirasmikan di Washington A.S pada 15 November ini , para anggota sidang telah berbincang tentang kaedah menangani krisis kewangan sejagat yang dihadapi sekarang, dan mereka mencapai kata sepakat tentang isu pembaharuan terhadap mekanisme pemantauan dan kawalan kewangan antarabangsa. Sidang Peringkat Menteri yang diadakan sebagai persiapan untuk Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC Ke-16 juga berakhir semalam. Kenyataan selepas sidang itu menyeru anggota APEC bekerjasama untuk menangani krisis kewangan sejagat sekarang.

Meningkatkan perdagangan serantau yang luas dan menyokong pusingan rundingan Doha APEC juga merupakan agenda yang penting dalam sidang kemuncak ini. Krisis kewangan kini terus menjejaskan ekonomi dunia. Pelaburan dan perdagangan sejagat juga memperlihatkan arah aliran yang menurun dengan ketara. Sejumlah besar negara dan wilayah kini meningkatkan perlindungan terhadap syarikat dan pasaran negara masing-masing dan mengambil pelbgai tindakan untuk melindungi perdagangan dan membatasi jumlah produk yang diimport.

Pusingan rundingan Doha APEC yang dimulakan pada tahun 2001 tidak berkesan setakat ini. Isu pertanian merupakan punca kegagalan pusingan rundingan Doha ini, kebuntuan rundingan tentang isu pertanian menyebabkan rundingan tentang isu yang lain, seperti perdagangan produk industri, perkhidmatan perdagangan dan lain-lain gagal mencapai kemajuan. Sokongan terhadap pusingan rundingan Doha dijangka akan ditegaskan semula dalam sidang kemuncak nanti, dan semua pihak pusingan rundingan itu dapat segera diadakan semula dan mencapai kejayaan.

Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC Ke-16 ini akan memberikan peluang yang cukup kepada para pemimpin atau wakilnya untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat demi mengatasi perselisihan dan meningkatkan kerjasama secara berterusan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |