Sidang Kemuncak Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) selama dua hari telah dirasmikan di Lima, Peru pagi semalam, waktu tempatan.
Sidang ini bertema "cabaran yang dihadapi APEC: pertumbuhan, kesamarataan dan pembangunan berterusan". Lebih 1200 orang wakil daripada 21 anggota APEC akan membincangkan isu-isu seperti situasi ekonomi dunia dan kaedah untuk menangani krisis kewangan antarabangsa.
Presiden China, Hu Jintao telah menghadiri sidang kemuncak tersebut dan menyampaikan ucapan. Kata beliau, negara-negara di dunia perlu menambah keyakinan, meningkatkan penyelarasan dan kerjasama, segera mengambil segala tindakan yang perlu, mencegah krisis kewangan sesama daripada merebak serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia. Selain itu, masyarakat antarabangsa digesa melaksanakan pembaharuan terhadap sistem kewangan antarabangsa dengan perbincangan penuh yang disertai semua pihak terlibat.
Beliau menambah, China akan membentuk sistem dan mekanisme yang berfaedah bagi pembangunan saintifik, mengekalkan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka kepada dunia luar, dengan lebih giat menyertai kerjasama ekonomi antarabangsa.
|