Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo dan pengiringnya sekali lagi berlepas ke Lima, Peru untuk menyertai Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APE ke-16 C, selepas keadaan suaminya kembali stabil setelah menerima rawatan kecemasan di Jepun.
Demikian dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Filipina, Ronaldo Puno pagi tadi.
Menurut kenyataan tersebut, pada malam 21 hari bulan, Encik Jose Miguel Arroyo terasa sakit di bekalang dan kekejangan perut dalam penerbangan menuju ke Peru. Doktor pengiring segera memohon pesawat terbang mendarat kecemasan, setelah menjalani pemeriksaan dan diberi rawatan, keadaan Encik Arroyo sudah kembali stabil.
|