v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hu Jintao Temui Lien Chan
2008-11-22 18:10:50 CRI

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Pari Komunis China, Hu Jintao dan isterinya Liu Yongqing mengadakan pertemuan dengan Presiden Kehormat Parti Kuomintang, Lien Chan dan isterinya Lien Fang Yu.

Hu Jintao berkata, pada masa ini, hubungan antara Tanah Besar dan Taiwan berkembang baik. Tidak lama sebelum ini, delegasi Persekutuan Hubungan Seberang Selat Taiwan China (ARATS) melawat Taiwan, dan menandatangani perjanjian dalam empat perkara dengan Yayasan Pertukaran Hubungan Seberang Selat Taiwan (SEF). Perjanjian tersebut mendatangkan faedah kepada saudara setanah air di kedua-dua belah selat Taiwan. Lawatan tersebut menandakan hubungan kedua-dua pihak membuka lembaran yang baru.

Hu Jintao menegaskan, menghadapi krisis kewangan antarabangsa sekarang, kedua-dua pihak perlu meningkatkan komunikasi, mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan yang saling menguntungkan untuk menukarkan cabaran menjadi peluang.

Lien Chan menyatakan kegembiraannya kerana dapat bertemu lagi dengan Hu Jintao. Beliau berpendapat, pertemuan mereka melambangkan hubungan kedua-dua pihak menuju ke arah kerjasama dan pembangunan. Beliau bersetuju dengan pandangan Hu Jintao untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama ekonomi bagi menangani krisis kewangan antarabangsa. Menurutnya, kedua-dua pihak akan bersama-sama menyumbang kepada perkembangan ekonomi dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |