7 anggota APEC, iaitu Chile, New Zealand, Brunei Darussalam, Singapura, Peru, A.S. dan Australia akan menggerakkan rundingan perdagangan bebas rantau PanPasifik pada Mac tahun depan untuk mempercepat proses integrasi perdagangan di kawasan Asia-Pasifik.
Akhbar El Comercio Peru melaporkan semalam, wakil negara-negara tersebut menyatakan di Lima, mereka akan mengadakan rundingan tersebut dalam rangka perjanjian strategik kerjasama ekonomi rentas Pasifik APEC.
Wakil perdagangan A.S., Susan Schwab berkata, A.S. menyokong usaha APEC mendorong proses integrasi ekonomi dan perdagangan serantau. A.S. berharap perkara ini dapat mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan, serta berkongsi sumber dengan anggota-anggota APEC yang lain melalui menyertai perjanjian tersebut.
|