Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China (CNTA) baru-baru ini mengeluarkan pekeliling, menetapkan tahun 2009 sebagai "Tahun Ekopelancongan China". Temanya ialah "Mendekati Ekopelancongan, Menghayati tamadun ekologi".
Pekeliling itu menyebut, matlamatnya diadakan aktiviti itu adalah untuk terus meningkatkan promosi pelancongan ekologi, memperkenalkan konsep pelancongan yang mesra alam, menggalakkan kaedah pengurusan pelancongan yang menjimatkan sumber tenaga dan memenuhi keperluan baru para pelancong ke arah mengembangkan industri pelancongan China sebagai industri mesra alam yang mengekalkan perkembangan berterusan.
|