v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hubungan Stabil China-A.S. dalam Bidang Ekonomi dan Perdagangan Amat Penting bagi Mengatasi Krisis Kewangan
2008-11-22 16:15:51 CRI

Hubungan Stabil China-A.S. dalam Bidang Ekonomi dan Perdagangan Amat Penting bagi Mengatasi Krisis Kewangan. China bersedia bersama dengan A.S. untuk mendorong hubungan kedua-dua negara terus berkembang dengan sihat dan stabil.

Presiden China, Hu Jintao menyatakan demikian dalam pertemuannya rakan sejawatnya dari A.S., George W. Bush di Lima semalam. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan tentang hubungan dua hala, dan isu-isu antarabangsa dan serantau serta cara untuk menangani krisis kewangan, mendorong pembangunan ekonomi dunia dan memelihara kedamaian dunia.

Hu Jintao menyatakan, isu Taiwan melibatkan kepentingan teras China, dan juga merupakan isu yang paling sensitif bagi hubungan China-A.S.. Prisinp Satu China tidak sama sekali akan berubah.

George W. Bush menyatakan beliau akan terus berusaha untuk mengembangkan hubungan kedua-dua negara.

Hu Jintao juga menyatakan, China bersedia bersama dengan A.S. untuk mencegah berbangkitnya semula fahaman perlindungan perdagangan dan pelaburan.

George W. Bush menyatakan, hubungan ekonomi dan perdagangan A.S.-China sangat penting. Kedua-dua negara perlu berusaha mendorong rundingan pusingan Doha mencapai kemajuan dan mengambil tindakan untuk mengekang fahaman perlindungan perdagangan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |