v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sektor Industri dan Perniagaan Diseru Pulihkan Keyakinan terhadap Sistem Ekonomi

2008-11-22 16:03:17 CRI

Tokoh-tokoh dari sektor industri dan perniagaan diseru memulihkan keyakinan mereka terhadap sistem ekonomi serta keupayaan pemimpin anggota APEC dalam menangani krisis kewangan.

Demikian seruan yang dikeluarkan para pemimpin anggota APEC dalam Sidang Kemuncak Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC yang diadakan di Lima, Peru semalam.

Presiden Peru, Alan Garcia ketika berucap merasmikan sidang tersebut menggesa, tokoh-tokoh dari sektor industri dan perniagaan dari anggota APEC supaya bersikap optimis terhadap krisis kewangan sekarang kerana di dunia, sumber kewangan dan teknologi mencukupi dan pemulihan pasaran dan ekonomi adalah pesat. Mereka juga digesa supaya memulihkan keyakinan terhadap sistem ekonomi, tetapi bukan menunggu kerajaan mengambil tindakan.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pula menyeru tokoh-tokoh dari sektor industri dan perniagaan supaya jangan melupakan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat, dan terus memberi perhatian kepada golongan miskin. Beliau juga menggesa anggota APEC meningkatkan peruntukan terhadap sektor perubatan dan pendidikan, berusaha sedaya upaya supaya krisis ini menjadi satu peluang bagi golongan miskin yang turut merasai kebaikan globalisasi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |