Serangan bom yang menyasarkan penunjuk perasaan antikerajaan berlaku lagi di Bangkok, Thailand hari ini, menyebabkan 7 orang cedera, manakala seorang lagi cedera parah.
Pada sekitar pukul 2.00 pagi tadi, dua orang lelaki yang menunggang motosikal tiba di perkarangan bangunan pejabat Perdana Menteri, dan melancarkan serangan bom mengejut ke atas satu pintu masuk bangunan itu. Sekurang-kurangnya 8 orang penunjuk perasaan antikerajaan yang berhimpun di sana cedera. Dua penyerang itu melarikan diri segera selepas melakukan serangan.
Semua mangsa telah dikejarkan ke hospital. Pihak polis Thailand sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.
|