Negara-negara Eropah Tenggara digesa supaya meningkatkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi untuk meredakan kesan negatif akibat krisis kewangan global.
Demikian seruan para peserta dalam forum ekonomi pemimpin negara Eropah Tenggara dua hari yang ditutup di Macedonia semalam.
Mereka berpendapat, krisis kewangan global telah merebak dan menjejaskan ekonomi negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Maka, negara-negara Eropah Tenggara perlu bersiap sedia untuk menghadapi kegawatan ekonomi yang lebih teruk pada tahun 2009.
Menurut ramalan para peserta, krisis kewangan global mungkin akan mencetuskan pelbagai masalah di rantau tersebut, seperti pinjaman tersekat, permintaan menurun serta jumlah pelaburan asing dan jumlah eksport berkurang.
|