Polis Thailand menambah anggota polis di sekitar bangunan Parlimen semalam kerana Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) mengumumkan akan mengepung lagi bangunan Parlimen hari ini. Sementara itu, pihak tentera negara itu juga telah mengerahkan pasukannya untuk mengawal keselamatan kawasan itu.
Polis Bangkok menempatkan ribuan orang polis di sekitar bangunan itu semalam untuk mencegah tindakan melampau PAD seperti menyerbu atau menduduki Parlimen. Manakala, pihak tentera pula menghantar tentera laut, darat dan udara, dan mengadakan sekatan jalan raya di laluan utama Bangkok.
Pihak polis mengingatkan PAD supaya bertenang. Pihak tentera menegaskan, penempatan pasukan tentera bertujuan untuk menjaga keselamatan, tetapi bukan untuk melakukan rampasan kuasa yang diramal oleh pihak media.
|