Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC ke-16 diadakan di Lima, Peru hari ini. Presiden China, Hu Jintao menyampaikan ucapan dalam sesi pertana mesyuarat tersebut.
Untuk mengatasi masalah-masalah yang ditemui dalam dunia kini, pembangunan sosioekonomi antarabangsa kini, Presiden Hu mengemukakan lima cadangan, iaitu mendorong perkembangan sistem perdagangan pelbagai hala, menangani perubahan iklim, bersama berjuang untuk mengatasi bencana alam, meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial perusahaan dan menjamin keselamatan bekalan makanan dan tenaga.
Presiden Hu juga menegaskan, pelbagai pihak perlu mempertahankan sifat Forum Kerjasama Ekonomi APEC dan modal kerjasama yang tidak terikat, di samping mendorong kerjasama ekonomi dan teknologi serta kebebasan pelaburan dan perdagangan yang seimbang, khususnya meningkatkan peruntukan dalam kerjasama ekonomi dan teknologi, demi meningkatkan keupayaan pembangunan anggota negara membangun.
|