v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

DPRK Menolak Bincangkan Hubungan Dua Hala dengan Republik Korea serta Isu Penyatuan Semenanjung Korea

2008-11-23 16:22:13 CRI

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menolak membincangkan hubungan dua hala dengan Republik Korea serta isu penyatuan semenanjung Korea. Malah, DPRK akan mengambil tindakan balas yang tegas ekoran pengumuman Presiden Republik Korea, Lee Myung-bak secara terbuka bahawa "matlamat muktamadnya adalah untuk mewujudkan penyatuan semenanjung Korea di bawah sistem demokrasi yang bebas".

Demikian dinyatakan jurucakap Jawatankuasa Penyatuan Tanah Air secara Damai DPRK di Pyongyang semalam.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) memetik ucapan jurucakap tersebut sebagai berkata, pendirian DPRK dalam isu penyatuan adalah saling menghormati fahaman dan sistem masing-masing serta mewujudkan penyatuan secara damai. KCNA menyifatkan kenyataan Lee Myung-bak itu sebagai "kegiatan jenayah yang antipenyatuan", dan "tindakan antibangsa yang menggugat hubungan Repubik Korea-DPRK". "Matlamat muktamadnya adalah untuk mencetuskan peperangan dan mewujudkan penyatuan dengan menghapuskan DPRK."

Jurucakap itu juga berkata, kerajaan Republik Korea perlu memikul segala tanggungjawab atas kesan parah akibat peristiwa ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |