Kementerian Kesihatan baru-baru ini memperuntukkan 4.8 bilion yuan RMB untuk meningkatkan sistem perkhidmatan perubatan dan kesihatan di desa.
Jurucakap kementerian itu, Mao Qun'an ketika diwawancara berkata, dana tersebut akan digunakan untuk lebih 7300 projek pembinaan hospital dan klinik di desa, serta 6000 projek pembinaan hospital dan klinik di kawasan miskin di bahagian timur.
Dilaporkan, sejak tahun 2004, China telah membina lebih 32,000 buah klinik di kawasan desa di seluruh negara. Menurut rancangan, pada tahun 2010, rangkaian perkhidmatan kesihatan yang meliputi semua kampung akan diwujudkan secara menyeluruh di pekan dan kampung bagi menyediakan perkhidmatan perubatan yang lebih bermutu untuk kaum tani.
|