v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Anggota APEC Berjanji akan Eratkan Kerjasama bagi Tangani Krisis Kewangan Global

2008-11-23 18:30:53 CRI

Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berjanji akan mengeratkan kerjasama dan terus mengambil tindakan yang selaras dan menyeluruh untuk menangani krisis kewangan global sekarang.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Pemimpin APEC di Lima, Peru semalam.

Kenyataan itu mengalu-alukan kenyataan yang dikeluarkan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Washington, dan menyokong prinsip bersama dalam Pelan Tindakan sebagai panduan pembaharuan sistem kewangan. Para pemimpin menegaskan, pembaharuan dalam bidang kewangan yang sedang dijalankan dan keupayaan APEC dalam bidang kewangan amat penting bagi mengatasi krisis sekarang. Selain itu, keberkesanan kerja kawal selia terhadap sistem kewangan juga perlu ditingkatkan.

Para pemimpin anggota APEC bersetuju bahawa dalam tempoh 12 bulan akan datang, mereka tidak akan mengenakan sekatan baru bagi pelaburan serta perdagangan barangan dan perkhidmatan, dan juga tidak akan melaksanakan langkah baru untuk mengehadkan eksport.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |