v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Presiden Hu Jintao Meninjau ke Kawasan Bencana Gempa Yushu Qinghai

2010-04-19 14:34:07 CRI

Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter berlaku di Kaunti Yushu Daerah Autonomi Tibet Yushu Provinsi Qinghai pada 14 April lalu. Presiden Hu Jintao yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak Nuklear di Washington dan Sidang Kemuncak BRIC ke-2 di Brazil telah menamatkan lawatan rasminya di Brazil lebih awal daripada yang dijadualkan dan kembali pada petang 17 April lalu. Pagi semalam, pesawat yang dinaiki oleh Presiden Hu Jintao telah mendarat di lapangan terbang Batang Yushu, iaitu di tempat yang tingginya kira-kira 4,000 meter dari parat laut. Beliau terus pergi ke kampung Zhaxi Datong, pekan Jiegu, kawasan yang paling teruk ditimpa bencana itu untuk meninjau keadaan di sana dan menziarahi mangsa yang terlibat.

Sambil berdiri di sekitar runtuhan bangunan di situ, Presiden Hu Jintao memegang tangan seorang mangsa etnik Tibet dan cuba menghiburkannya dengan berkata:

"Kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Andaikata hanya ada 1% kemungkinan terdapat mangsa di situ, kami akan berusaha 100% untuk menyelamatkan nyawa mereka."

Selepas itu, beliau pergi ke kawasan kediaman sementara untuk meninjau keadaan hidup mangsa-mangsa di situ. Seorang penduduk etnik Tibet memberitahu Presiden Hu Jintao bahawa soal kediaman sementara dan makanan tiada masalah sekarang ini. Yang membimbangkan mereka ialah perumahan tetap dan persekolahan anak-anak selepas bencana. Presiden Hu Jintao menyatakan:

"Tentang kedua-dua kebimbangan tersebut, saya boleh berjanji kepada anda semua. Yang pertama, kerajaan pasti akan membantu mangsa bencana ini untuk membina semula kampung halaman mereka. Kedua, persekolahan anak-anak akan dimulakan dengan secepat mungkin."

Selepas itu, Presiden Hu Jintao berangkat ke pusat bantuan perubatan di Stadium Daerah Autonomi Tibet Yushu pula untuk meninjau mangsa cedera yang sedang dirawat serta bertemu dengan doktor dan juru rawat di sana. Beliau cuba memberikan semangat kepada Zhuoma, seorang pelajar yang cedera tangannya:.

"Kamu anak yang berani dan rajin belajar. Masa depan kamu mesti sangat cemerlang. Kamu perlu tabah, lebih-lebih lagi setelah mengalami kemalangan ini, kamu patut lebih yakin untuk memberikan kerjasama kepada doktor yang merawat kamu. Saya pula akan sentiasa memberikan perhatian kepada kesihatan kamu."

Selepas itu, Presiden Hu Jintao juga pergi ke sekolah anak yatim di Daerah Autonomi Tibet Yushu untuk menziarahi kanak-kanak yang sedang belajar di bilik darjah sementara itu. Beliau menulis "Sekolah baru pasti akan ada, kampung halaman juga akan ada" pada papan tulis dan memberitahu pelajar-pelajar di situ bahawa mereka pasti akan dapat sekolah baru yang lebih cantik. Beliau juga meninjau pasukan tentera dan polis yang sedang melaksanakan tugas menyelamat dan mengingatkan mereka supaya menjalankan kerja penyelamatan berdasarkan keistimewaan di kawasan dataran tinggi.

Selepas kunjungannya di kawasan bencana itu, Presiden Hu Jintao telah mendengar laporan kerja menyelamat oleh komando penyelamat bencana gempa dalam sebuah khemah dan mengarahkan mereka supaya berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa, merawat yang cedera, dan mengatur kembali kehidupan penduduk, memulihkan infrastruktur dan menjamin kestabilan masyarakat pada masa depan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |