v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Etnik Daur yang Istimewa

2006-08-16 09:18:09 CRI

Etnik Daur merupakan etnik minoriti China yang tinggal di kawasan aliran Sungai Heilongjiang, Mongolia Dalam serta kawasan Tacheng Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Kebudayaan muzik etnik Daur termasuklah "Zhaerndale" iaitu lagu, "Hakenmai" iaitu tarian serta "Wuqin" iaitu puisi yang terdiri daripada nyanyian dan dialog.

Etnik Daur sangat pandai menyanyi dan menari. Bahasa mereka tidak mempunyai tulisan, lagu rakyat kuno etnik Daur dwarisi secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesenian muzik etnik Daur berkembang dengan pesat. Para pemuzik China telah mengumpulkan dan menyusun semula ratusan lagu kuno etnik Daur. Banyak lagu etnik Daur yang baik mula diminati oleh peminat muzik di seluruh China.

"Etnik Daur yang Istimewa" merupakan album pertama di China yang khusus untuk memperkenalkan lagu etnik Daur. Album tersebut mula dirancang pada tahun 2000 dan diselesaikan pada tahun 2004. 14 buah lagu dalam album tersebut digubah oleh pemuzik Cui Zhenhe berdasarkan muzik tradisional etnik Daur.

Senarai Muzik dalam Ruangan Persada Muzik Kali Ini

Muzik I                                                     "Tempat Penciptaan Lagu Penggembala"

Muzik II                                                    "Burung Layang-layang"

Muzik III                                                   "di Padang Rumput Ayah"

Muzik IV                                                   "Bapa yang Suka Berpuisi"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |