 Irama lagu Chaozhou ialah sejenis irama lagu rakyat tradisional China.
Lagu Chaozhou merupakan sejenis irama lagu rakyat China yang sangat kuno dan telah bersejarah kira-kira empat atau lima ratus tahun. Irama lagu Chaozhou popular terutamanya di kawasan Chaozhou dan Shantou Provinsi Guangdong bahagian selatan China. Seiring dengan pemindahan sejumlah penduduk Chaozhou, irama lagu Chaozhou juga mula menjadi popular di Shanghai, Hong Kong, Makau, Taiwan serta Asia Tenggara.

Boleh dikatakan bahawa irama lagu Chaozhou merupakan sejenis irama lagu tempatan yang dapat mewakili inti sari lagu rakyat China. Pada asalnya, irama lagu Chaozhou ialah lagu rakyat tempatan. Setelah bercampur dengan pelbagai unsur lagu drama dan lagu keagamaan, maka irama lagu Chaozhou menjadi sejenis irama lagu tempatan yang sangat istimewa.
Irama lagu Chaozhou boleh dimainkan bersama dengan beberapa alat muzik yang berbeza, akan tetapi, alat muzik utama dalam persembahan irama lagu Chaozhou ialah Erxian, Seruling, Dram dan Gong.


Senarai Lagu Dalam Ruangan Persada Muzik Kali Ini
Lagu I "Jemput Tetamu"
Lagu II "Gagak Bermain Air"
Lagu III "Lapan Dewa-dewi Berpestaria dengan Gembira"
Lagu IV "Menangkap Ikan"
Lagu V "Burung Huamei di dalam Sangkar Burung"
|